PROGRAM

Wakaf Katil

Wakaf merupakan salah satu daripada amalan yang telah dipraktikkan oleh umat Islam seiring dengan perkembangan Islam itu sendiri. Amalan ini merupakan satu daripada wahana atau cara umat Islam berbakti, di samping menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan syiar Islam. Wakaf melibatkan pemindahan harta daripada milik persendirian kepada Allah SWT untuk tujuan ibadah, sosial dan ekonomi termasuk pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain lagi.
 
Projek wakaf katil ini merupakan projek wakaf yang diberi kepada pesakit terlantar yang memerlukan dan digunakan hingga mereka sembuh dan tidak lagi memerlukannya kemudian diserahkan kepada pesakit lain pula. Projek ini adalah kesinambungan kepada projek wakaf kerusi roda yang telah dilaksanakan di peringkat negeri pada 2014. Majlis Penyerahan Wakaf Katil telah diadakan pada 10 Januari 2018 kepada semua 45 YB ADUN yang mana sebanyak 90 unit katil telah diagihkan iaitu 2 unit katil bagi setiap DUN. Pada 2019 pula, sebanyak 20 unit katil lagi telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di pelbagai DUN untuk kegunaan kategori pesakit. Manakala sebanyak 22 unit katil lagi pada tahun 2020 telah ditambah ekoran keperluan untuk pesakit terlantar yang meningkat di setiap DUN.

Live FB Di Bawah Naungan Satu Ayat

24 Jun 2021 (Khamis) - Program Live FB bersama Saudari Sujata Wee yang merupakan penulis Kelantan berketurunan Cina. Beliau telah menghasilkan kompilasi cerpen bertajuk Merenda Impian : Kumpulan Cerpen. Cerita yang dipaparkan dalam buku ini berkisar seputar masyarakat Kelantan yang berbilang agama, adat dan tradisi. Beliau seperti kebanyakan masyarakat cina Kelantan yang lain, fasih berbahasa Melayu. Untuk mendapatkan temuramah penuh boleh melayari FB Page Pusat Sumber Sayyidatina Khadijah.

Seminar Dasar Kanak-Kanak

KOTA BHARU, 25 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan MBI, sememangnya amat prihatin terhadap masa depan kanak-kanak. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara di masa hadapan. Menyedari hakikat tersebut, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan telah menganjurkan Seminar Dasar Kanak-Kanak Fitrah Kelantan kepada Pasukan Pelindung.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato Hjh Mumtaz Md Nawi menerusi platform zoom dan siaran atas talian di page facebook U-KeKWa. Berucap di majlis perasmian tersebut, Mumtaz menegaskan kepentingan pendedahan IT atau sibergogi kepada kanak-kanak. “Sekiranya kita tidak bersedia memberi pendedahan IT atau sibergogi kepada kanak-kanak, anak-anak akan berasa tertekan. Kita juga tertekan kerana tidak menjangka bahawa pada tahun 2021, kita akan berada dalam dunia PdPr bersama anak-anak. Kes yang kita bimbang bukan pengabaian dari sudut makan minum sahaja, namun lebih kepada pengabaian dari segi perkembangan sosial sehingga boleh menyebabkan tekanan perasaan,“ tambah Mumtaz lagi 
 
Justeru, beliau menyarankan agar keselamatan awam, gender, kemasyarakatan dan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak diberikan perhatian yang sewajarnya. “Penting untuk membincangkan kebajikan kanak-kanak agar kita dapat mengklarifikasikan definisi taklif dan dewasa dari sudut syariat Islam dan Perlembangaan Malaysia. Di dalam Dasar Kanak-kanak Fitrah, kita telah mengandingkan Child Rights Convention Protocol (CRC) dengan kehendak-kehendak yang diperlukan oleh Islam dalam pembinaan kanak-kanak,” tambah Mumtaz lagi. Antara usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan kanak-kanak ialah mengklasifikasikan Dasar kepada beberapa sektor iaitu keluarga, kanak-kanak dan agama, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, kemudahan infrastruktur dan alam sekitar. 

 

Pada seminar kali ini, dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Peranan dan Tanggungjawab Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) oleh Ketua Bahagian Kanak-kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, JKM Kelantan, Puan Nurul Syafiqah Auni Abdullah dan Dasar Kanak-kanak Fitrah oleh Ustazah Asmak Husin, iaitu salah seorang penggubal Dasar Negeri Kelantan. Dalam kertas kerjanya, Puan Nurul Syafiqah Aunida menyatakan antara peranan PSKK ialah menyelaras khidmat-khidmat setempat kepada keluarga dan kanak-kanak sekiranya kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Keanggotaan PPKK terdiri daripada tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri, seorang pegawai perubatan, seorang Pegawai Kanan Polis dan mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipan atau sebagainya yang diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak untuk memberi nasihat tentang faktor-faktor pribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan Seramai 90 orang peserta mengikuti seminar yang diadakan ini. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, Pengarah u-KeKWa dan Puan Ilvira Mohd Dasuki.

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png1.png2.png2.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate