INFRA

NO
INFRA

PENGENALAN RINGKAS

1

TASKA KELUARGA MAWADDAH

-Menyediakan kemudahan taska di tempat kerja kepada kakitangan di Jabatan Kerajaan bagi mengurus dan mengasuh anak mereka kearah peningkatan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan. 

-Menyediakan modul dan aktiviti yang membantu meningkatkan potensi perkembangan kanak-kanak ke peringkat maksimum.

-Menyediakan sektor pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

2

RUMAH PERLINDUNGAN WANITA SINAR HARAPAN

-Memberi perlindungan dan tempat kediaman sementara bagi remaja atau wanita yang teraniaya.

 

-Membantu merujuk nasihat diperlukan sama ada dari segi perundangan, kesihatan, laporan polis, urusan mahkamah dan seumpamanya.

 

-Menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi memulihkan semangat dan keyakinan diri mereka agar terus mengorak langkah dalam meniti arus kehidupan ke arah yang lebih baik.

-Membimbing dan mendidik mereka kembali ke pangkal jalan dengan menerapkan kemurnian Islam.

-Melatih dan mengajar penghuni dengan kemahiran asas berkaitan

3

PUSAT LATIHAN WANITA OKU DAN ARMALAH (PLWOA)

-Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) bertujuan menjadi pusat kemahiran bersepadu khusus kepada golongan wanita kurang upaya dan armalah dalam usaha memperkasakan sosial dan ekonomi golongan ini.

-Pusat ini di bawah seliaan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK), sebuah NGO yang berdaftar di bawah seliaan U-KeKWa. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya bengkel jahitan ekspress, kelas jahitan berkala, kelas Al-Quran braille dan aktiviti cuti sekolah seperti kraftangan, jahitan kreatif dan kulinari.

4

PUSAT PEMBANGUNAN WANITA KELANTAN (PPWK)

Objektif penubuhan PPWK adalah memberi latihan kemahiran menjahit agar sebahagian daripada beban dalam menyediakan pakaian kepada keluarga dapat dikurangkan, memberi latihan kemahiran menjahit agar golongan yang kurang berkemampuan ini dapat menambah sumber ekonomi mereka dengan mengambil upah menjahit serta mewujudkan “one stop centre” bagi wanita untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tempat masing-masing.

 

Selain itu, ia juga adalah untuk meningkatkan jatidiri dan keyakinan yang tinggi melalui himpunan mingguan yang mana mereka boleh berkongsi pandangan dan masalah dan melahirkan masyarakat yang harmoni saling bantu-membantu dan bekerjasama.

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png0.png9.png4.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate