Skim Cakna Suri 2021

Kota Bharu, 28 Ogos - Seramai 4500 orang suri negeri Kelantan di bawah B40 menerima manfaat Skim Cakna Suri bermula hari ini.
Pelbagai inisiatif Kerajaan Kelantan sediakan untuk wanita. Sempena Hari Suri Mithali yang disambut pada hari Sabtu setiap akhir bulan Ogos satu Majlis Perasmiaan Skim Cakna Suri Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan tengahari ini di Astaka MABNA, Kota Darulnaim dengan kawalan pergerakan yang ketat.
Semasa merasmikan Mumtaz Md Nawi berkata, "Sebelum ini Kerajaan Kelantan meraikan para suri melalui kempen Sambutan Hari Suri Mithali, pemberian bunga, hadiah dan anugerah tokoh. Namun sempena Sambutan 30 tahun Membangun Bersama Islam, Skim Cakna Suri diperkenalkan. Seramai 6750 orang suri B40 menerima manfaat one off RM100 ini pada tahun 2020 dan diteruskan pada tahun 2021."
"Sebenarnya idea ini bermula dari pemerintahan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz B Nik Mat. Alhamdulillah ianya dsambut baik oleh Kerajaan Persekutuan dengan inisiatif Skim i-Suri", tambah Mumtaz lagi.
Seramai 10 orang suri yang terpilih dijemput menerima Skim Cakna Suri sebagai simbolik gimik perasmiaan disampaikan oleh YABhg Datin Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah binti Abd Hamid dan YB Dato Hj Mumtaz Md Nawi.
Mumtaz turut menyentuh tentang perasmiaannya dalam Program Wanita Qurani pada pagi tadi. "Kerajaan Kelantan mahukan rakyat Kelantan dididik dengan cara rabbani. Maknanya ibu-ibu perlu dapatkan pendidikan melalui Al-Quran
Kerajaan Kelantan mewujudkan Keluarga Mawaddah Centre dan mengadakan Klinik Quran secara dalam talian. InsyaAllah dalam masa terdekat akan diadakan kelas bahasa arab".
Kerajaan Kelantan berharap dengan skim ini mengiktiraf para suri rumah yang telah melahirkan anak-anak dan sumbangan pengorbanan mereka disanjung tinggi. Tahniah wanita Kelantan kerana melahirkan ramai pelajar-pelajar hafiz, profesional, guru dan tokoh-tokoh yang memberi khidmat kepada Kelantan, Malaysia dan seluruh dunia.
Turut hadir Timbalan EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita merangkap ADUN Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim dan Pengarah U-Kekwa, Pn Ilvira Mohd Dasuki.

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png0.png7.png3.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate