RTV "Dasar Wanita Kelantan Angkat Martabat Wanita"

Kuliah Bulanan Wanita menjadi satu penanda aras pencapaian program wanita negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan. Menurut Mumtaz, Kuliah Bulanan Wanita tahun ini memfokuskan kepada dasar wanita Kelantan dalam mengiktiraf kedudukan dan martabat wanita dalam pembangunan masyarakat. Mumtaz berkata demikian semasa merasmikan Kuliah Bulanan Wanita di Dewan Besar Balai Islam, 5 April lepas. Sebelum itu, Jurnal bertajuk Program Wanita Negeri Kelantan Dibawah Dasar Membangun Bersama Islam, Pencapaian dan Cabaran telah memenangi jurnal terbaik sempena Muzakarah Fiqh dan International Fiqh Conference 2016 berdasarkan pencapaian wanita Kelantan. Ceramah bertajuk Muslimah Bekerjaya Teladani Muamalah Srikandi Islam disampaikan oleh Ustaz Saibon Ismail, diiringi persembahan Nasyid dari Kumpulan Soutul Nahdah.

KREDIT - RTV Kelantan

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png1.png2.png3.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate