Ucapan Jawapan Sidang DUN Belanjawan 2020

  1. Kerajaan Kelantan memberi penekanan kepada golongan OKU termasuklah untuk menjadi usahawan. Terdapat 4 agensi yang mengadakan bantuan untuk usahawan OKU yang pertama melibat JKM iaitu memberikan Bantuan Geran Pelancaran berjumlah RM2,700.00 dan setakat ini daripada tahun 2018 hingga 2020 terdapat 46 orang telah dibantu dengan jumlah RM124,200 dimana 3 daripadanya dari Manik Urai. 
  2. Kemudian dibawah peruntukkan kerajaan negeri iaitu dibawah U-KeKWa, kita telah mengadakan bantuan iaitu dalam bentuk pendidikan kepada OKU yang melibatkan 130 orang peserta kulinari dan jahitan di bengkel kulinari dan jahitan iaitu di atas Bazar Buluh Kubu dengan jumlah yang diperuntukkan sebanyak RM 90,000 di samping memberikan bantuan peralatan bakeri pada pusat pemulihan Orang Kurang Upaya sebanyak RM 23,799.00 Manakala untuk agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja, mereka telah membelanjakan lebih kurang RM403,000.00 yang melibatkan 11 orang usahawan di Kelantan yang telah terlibat dengan bahagian usahawan dan mereka mesti mengajikan OKU jugak sebagai pekerja mereka. 
  3. Di bawah Skim Galakkan Pertanian dan Pertenakan beberapa program telah dianjurkan iaitu Program Agro Bio Class untuk golongan OKU, Bantuan Khas Tani Al Falah yang melibatkan 5 orang dan program Lembaga Barakah Kelantan, UMK yang memperuntukkan lebih RM 30,000.00
  4. Di samping itu, program baru telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri iaitu program OKU Tani yang menggabungkan 2 portfolio dan kita juga memberikan galakkan-galakkan kepada OKU dengan mengadakan Anugerah Tokoh OKU termasuk OKU Usahawan yang telah dimenangi oleh beberapa OKU daripada tahun 2014 hingga 2017 dan juga pengecualian dari pihak SSM untuk mengalakkan OKU terlibat dalam bidang usahawan secara serius. 
  5. Dan saya syukur untuk maklumkan daripada 41,000 jumlah OKU di Kelantan, lebih kurang 8,000 OKU merupakan OKU yang berkerja yang diberi bantuan oleh pihak JKM.

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png1.png1.png6.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate