Ucapan Perasmian di Maahad Tahfiz Abu Bakar

 

Syukur kepada Allah SWT, pada hari ini kita berkesempatan merupakan wakil kerajaan negeri Kelantan datang ke sisni untuk bersama-sama kita menyambut dan meraikan kejayaan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar daripada Maahad Tahfiz Abu Bakar ini sehingga telah menbawa nama kepada kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam tilawah dan juga hafazan di peringkat kebangsaan dan insyaAllah menjadi wakil ke peringkat antarabangsa. Jadi bagi pihak kerajaan negeri kita ucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar. Ini bukan kejayaan dua orang tapi ini kejayaan keseluruhan tenaga pengajar, keseluruhan pelajar-pelajar dan system pendidikan itu sendiri.

Jadi yang pertamanya kita nak ucapkan terima kaish dan tahniah kerana telah menjadi diantara pihak yang mengusahakan yang menjadikan sebagai kepada kami adalah benda yang paling besar dalam bulan ramadhan bukan hanya kosong tetapi bulan ramadhan adalah bulan quran dan anda menjadi orang yang mebawa quran dan dengan niat supaya bila baca quran, hafal quran itu awak boleh membezakan diantara yang batil dan yang hak. Jangan samapai kita yang belajar al-quran tidak boleh beza diantara kebenaran dengan kebatilan. Hari ini mungkin anak-anak belajar quran tidak ada dugaan sebab dugaan itu datang dengan tapi selepas daripada ini, orang mungkin tawarkan kepada kita duit supaya kita buat benda yang bertentangan dengan quran. Pada ketika itu, sebagai orang yang menghafal quran kita kena ingat kita ada taanggungjawab, kita ada amanah. Kita ada amanah untuk menjaga quran itu dengan sebaik-baiknya kerana dalam quran itu kitalah yang boleh beza diantara benda baik dan benda benar dan kita bawa quran sampai ke akhirat. Jadi anak-anak hari ini, Kak Taz nak pesan seramai 64 orang pelajar lelaki ini anda lah yang kita harapkan daripada kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pemimpin kepada orang yang bertaqwa. Ada manusia biasa, ada manusia beriman, ada manusia yang menjadi muslim sahaja, ada manusia menjadi orang yang bertaqwa. Tapi nak menjadi pemimpin orang yang bertaqwa kena pegang quran. Dalam Islam, alim setara mana pun, tak dikira alim kalau tak pandai hafal quran, tak ingat quran dan tak boleh tafsir quran. Hari ini Alhamdulillah tafsir dah belajar mungkin sebahagiannya, hadith pun insyaAllah kalau ustaz ajar sebab penghafal al-quran ini dia kena faham semua asbabul furudh, asbabul nuzul, dan kalau ada rezeki selepas daripada ini boleh sambung lagi biar belajar kitab turath. Segala kitab-kitab tua yang difahami sebab kalau ulamak-ulamak dulu seorang ulamak itu dia akan faham 4 atau 5 mazhab dan hari ini cabaran orang-orang yang kuat agama ialah jika berhadapan dengan golongan komunis, jika berhadapan dengan golongan liberal yang menterjemahkan فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَ sebagai Allah Taala hanya suruh orang lelaki sahaja yang berkahwin, perempuan tidak. Dia kira jamak muzakkar salim, dia kata tidak mengapa kahwin sama-sama lelaki. Benda ini saya sebagai pemimpin hadapi ketika saya ada satu forum di HUSM dimana seorang itu bangun dan kata “YB buktikan kepada saya kenapa berkahwin ini kena lelaki dengan perempuan, Allah tak suruh pun orang perempuan berkahwin hanya suruh lelaki sahaja”. Dia boleh baca quran separuh dan dia berhenti dan kepada orang yang tak faham quran akan terima bulat-bulat. Sedangkan quran itu tak boleh nak faham, kalau baca al-baqarah putus dengan al-imran, bukan, semua-semua itu berkait tapi dia baca separuh-spearuh. Jadinya bila orang yang tak pandai itu, macam kita lah orang bawa kita pergi ke Amerika tapi letak di New York, inilah Amerika. Sebenarnya di Amerika itu, New York satu Bandar sahaja, dalam amerika itu ada 50 buah Negara dalam satu benua. Amerika ini kenapa dipanggil United state itu 50 buah Negeri itu bercantum menjadi satu Amerika. Jadi kalau kita pergi ke California, penduduk dia 38 juta, kalau awak pergi New York lain, kalau awak pergi Washington lain. Jadi kalau kita ini tak ada ilmu, orang ambil kita dan letak di New York, inilah Amerika tapi sebenarnya bukan. Sama juga dengan al-quran. Sebab tu kita nak menghafal al-quran kena hafal sampai habis. Allah kata kepada sesiapa yang menghafal, 

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ  ini bukan manusia yang jamin, bukan kerajaan yang guarantee tetapi Allah yang jamin. Siapa yang puasa, siapa yang mengaji يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْر   Allah Taala akan berikan kepada kita kemudahan dan kemudahan itu bukan semestinya duit, rezeki bukan hanya duit. Orang yang menghafal al-quran ini insyaAllah tidak ada kesusahan bagi dia. Berlaku benda susah pun dia boleh atasi sebab dia berbalik kepada Allah SWT. 

Jadi kita kena ingat, pak cik sebelum ini pun kuat macam awak juga tapi sampai satu masa kena strok, tapi walaupun kena strok dia tak resah hati sebab bila kita percaya kepada Allah Taala, kita boleh jalankan tugas kita. Sama juga dengan shabat nabi, berperang ada yang tangan kena potong, berperang ada yang putus kaki, berperang ada putus telinga tapi bukan bererti dia tak pergi berperang dah. Jadi kita nak tengok kerajaan negeri Kelantan  kepada semua tahniah diatas kemenangan baru ini  tetapi Kak Taz nak tengok anda semua akan jadi duta-duta al-quran, duta-duta islam yang bergerak. Hafallah quran untuk amalkan quran. Tadi Kak Taz sebut perempuan kalau Rasulullah SAW adalah quran yang bergerak وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ   anda semua lelaki lebih besar peranan dan fungsinya. Kalau boleh daripada 64 orang ini, kak taz nak tengok 30 orang akan jadi tok wakil selepas daripada ini. Bukan hanya tok wakil di Kelantan, kita boleh import dimana-mana pun, hantar di Amerika pun boleh, Barack Obama pun bukan orang Amerika tapi orang Indonesia, dia belajar pun di Indonesia. Nak cakapnya dalam hati dan jiwa awak kena bawa “aku insyaAllah akan jadi pemimpin dunia dan pemimpin ummah dibawah dasar Islam”. Sekarang ini ramai datuk Bandar di amerika, ketua-ketua polis di amerika orang Islam yang bila angkat sumpah bible bukan dengan quran. Tapi anda sebagai ahlul quran, anda akan menjadi orang yang insyaAllah bawa quran seluruh dunia. Selepas daripada ini baca quran boleh, cakap arab boleh, cakap orang putih boleh, vokasional pun boleh, jadi pemimpin pun boleh. Jadi orang yang menjadi problem solving, penyelesai masalah ummah, jangan jadi problem maker. Selepas daripada ini kena belajar daripada ustaz cara nak cari duit. Mungkin kaedah cari duit ni ramai orang tak belajar, jadi kita kena cari. Jadi kalau boleh sebagai ahlul quran, dhuha buat dan doa insyaALLAH Allah akan tunaikan. Saya ni jaga bahagian kebajikan  Kelantan, dapat bajet daripada kerajaan pusat. Masa mula-mula kerajaan menang pada tahun 2013 jadi exco kebajikan  dalam akaun kebajikan kita ada 400 ringgit sahaja, jadi exco negeri nak jaga 1.8 juta rakyat yang banjir, yang terbakar, yang kemalangan kena guna 400 ringgit. Saya tahu bila Allah taala bagi 400 ringgit saya kena guna otak saya untuk cari lagi sebab……… alhamduillah sehingga kini berlaku di Tanah Merah rebut 60 buah rumah tercabut atap. Alhamdulillah sebuah rumah itu 200 ke 300 dekat dengan 80 ribu kita boleh bagi tapi duit atas 400. Sampai ke hari ini saya tak pernah lagi minta dengan Menteri Besar tanya duit, duit ada tak, walaupun permpuan kalau diberi amanah oleh Allah taala kita boleh selesai masalah itu.

Jadi kalau saya sebagai seorang perempuan, suami pula sakit saya boleh fikir takkan lah budak-budak tahfiz yang muda-muda dan sihat-sihat menghafal al-quran rasa lemah. Jadi insyAllah yakin bahawa ini boleh membina masyarakat, boleh bina ummah. Yakin diri bukan sahaja ilmu quran, ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu mantiq, Tok Guru Nik Aziz kalau dia bercakap orang akan rasa sampai ke hati sebab apa? dia belajar ilmu…bagaimana nak berhadapn dengan manusia, ilmu nafsi belajar psikologi, nikoh 4 orang tak gaduh pun tapi orang zaman sekarang nikah sorang pun dah gaduh sebab tok guru belajar ilmu nafsi. Orang zaman sekarang belajar, nak cakapnya ilmu psikologi kena ada, ilmu bercakap kena ada, ilmu berniaga kena ada barulah orang Nampak quran itu berkat. Jadi insyaAllah saya doakan kepada anda semua akan tamat semua khatam al-quran dan selepas ini akan guna nama Yusuf al Hafiz, nama yang sangat mahal. Kita bukan nak jadi pemimpin peringkat dunia tapi nak jadi pemimpin yang disebut di akhirat. Al hafiz itu bukan al hafiz biasa tapi penjaga kalimah allah SWT yang sangat agung yang sangat hebat yang menjadi syifa’ dan rahmah. Jadi sirru ‘ala baraktillah kepada anak-anak sekalian, seterusnya semoga anda semua menjadi syiar kepada al-quran sehingga menjadikan al-quran itu rapat dengan hati. Jadi insyaAllah kalau kita mati selepas ini pun insyaAllah al-quran akan bersama-sama dalam kubur dan menjadi orang yang akan membela kita dihadapan Allah SWT kerana quran yang anda baca. Jadi ini adalah yang terbaik, doakanlah guru-guru anda, doakanlah masyarkat sekeliling anda kerana kalau kita baik sekalipun, kalau masyarakat tak baik, tak baik juga kita pun sebab masyarakat akan mempengaruhi kita juga. InsyaAllah semua akan diberkati oleh Allah SWT. Jadi doa-doakan kerajaan negeri Kelantan, doakan kami, doakan kerajaan Malaysia hari ini dalam keadaan yang sangat sukar, mungkin berlaku perubahan kerajaan. Jadi anda semua tolong solat hajat kepada kerajaan supaya insyaAllah kerajaan kita pemimpin yang akan lahir mulai esok atau lusa adalah pemimpin –pemimpin yang mencintai al-quran yang mencintai Islam, InsyaAllah. 

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png1.png1.png1.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate