Temubual Bersama KTV

19 DISEMBER 2020 (SABTU)

 

  1. Assalamualaikum w.b.t terima kasih kepada Faris dan terima kasih kepada KTV kerana memberi peluang kepada Kak Taz untuk bual bicara dengan orang ramai pasal isu kebajikan dan pasal isu bantuan.

 

  1. Sebenarnya pasal isu kebajikan ini yang pertama ini kita kena ingat kepada Rasullah saw bila mana Rasulullah saw telah ditemui, berjumpa dengan Jibril. Baginda pulang dengan badan yang terketar-ketar berjumpa dengan Khadijah, Rasulullah saw tidak mengetahui bahawa baginda dipeluk oleh Jibril. Khadijah Radiallahu anha menjawab “Kamu merupakan seorang yang menghubungkan silaturahim, orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang yang susah, orang yang selalu membantu orang yang musafir, orang yang boleh dipercayai, tidak mungkin Allah Taala akan menzalimkan kamu”.

 

  1. Jadi, dalam konteks kita orang Kelantan bukan hanya nak berbual mengenai isu kebajikan daripada sudut memberi bantuan, tetapi bagaimana, siapa dan mengapa bantuan itu diberikan dan apa masalah dan apa yang diperlukan. Alhamdulillah di Kelantan ini kita mempunyai sebuah kerajaan yang semua orang tahu bukan kerajaan yang kaya.

 

  1. Dalam hal ini adakah kebajikan itu adalah tugas kerajaan semata-mata atau tugas rakyat semata-mata, perkara pertama yang kita perlu pastikan adalah keperluan asas. Di Kelantan ini keperluan kita adalah beras, kerajaan Kelantan telah melancarkan program dari 10 tahun yang lepas iaitu program Al-It’am. Al-It’am ini adala bantuan tambahan yang diberikan oleh rakyat yang dikenalpasti sebagai orang yang susah untuk diberikan bantuan beras.

 

  1. Pada mula-mulanya kita memberi 100 orang beras di setiap DUN, 45 DUN maka 4500 orang. Kemudian dinaikkan kepada 150 orang, 180 orang, 200 orang, 250 orang dan hari ini setiap DUN, 300 orang dan diberikan setiap bulan dan ditamba dengan minyak masak dan gula. Setiap keluarga akan mendapat bantuan tersebut. Ini adalah additional kepada bantuan yang telah diberi oleh JKM, dibawah peruntukkan kerajaan negeri, bantuan kerajaan persekutuan dan MAIK.

 

  1. Apabila menerima aduan dari orang yang susah, kita akan dokumen pemohon untuk mengenalpasti masalah sama ada sakit, OKU, anak ramai. JKM akan terus siasat sekiranya pemohon tersebut layak atau tidak. Kadang-kadang ada pemohon yang tidak sesuai dengan kategori bantuan seperti bantuan OKU, bantuan orang miskin, bantuan anak yatim akan diberi bantuan Am atau kita panggil bantuan Musa’adah.

 

  1. Pada mulanya bantuan Musa’adah kerajaan negeri memberi sebanyak RM120 kemudian dinaikkan kepada RM150 dan kini RM250. Penerima bantuan Am di Kelantan adalah sebanyak 7 ribu orang. Ini adala kategori yang terima bantuan secara bulanan.

 

  1. Selain daripada bantuan Al-It’Am, bantuan Musa’adah, bantuan Am, kita juga bagi bantuan melalui Nada Rakyat, 100 orang di satu DUN akan diberikan bantuan Nada Rakyat. Kerajaan membuka Nada kepada rakyat untuk melabur diberi RM200 dividen untuk penerima Nada Rakyat. Yang tak layak menerima bantuan JKM, Bantuan MAIK akan menerima bantuan melalui Nada Rakyat.

 

  1. Kalau tidak menerima bantuan agak pelik, mungkin kerana sesetenga rakyat tidak pernah berhubung dengan penghulu atau penghulu tidak menyedari kehadiran dia. Sekiranya ada pihak yang menyedari pasti akan menerima bantuan dari pihak JKM.

 

  1. Setiap mukim ada penghulu dan setiap penghulu dibawah kerajaan negeri ada SKC, SKC pada mulanya dibuat pada peringkat DUN. 1 DUN ada 10 orang, 45 DUN maka ada 450 orang. Pada bulan 10 baru-baru ini kita telah melancarkan SKC Desa maknanya setiap kampung ada pasukan SKC sendiri, tugasnya adalah menziarahi orang sakit, orang miskin, anak yatim, Armalah atau ibu tunggal.

 

  1. Dan kita membuat program jahit kasih, program ini dibuat di seluruh Kelantan. Kita ada 45 PPWK yang kerjanya menjahit. Sebelum grad belajar menjahit, pelajar ini perlu menjahit baju untuk anak yatim. 1 DUN kita bagi 100 pasang yang perlu dijahit.

 

  1. Untuk membantu orang miskin adalah tanggungjawab orang kaya dan pihak berkuasa. Kerajaan adalah pihak yang berkuasa, dibawah kerajaan ada kementerian, dibawah kementerian ada portfolio, dibawah portfolio ada agensi yang berperanan untuk mengagihkan bantuan. Tapi dalam masa yang sama, orang kaya yang ada duit dia berkewajipan untuk membantu orang miskin sekitarnya kerana ini adalah tanggungjawab yang diberikan oleh Allah Ta’ala bukan kerajaan. Bila orang kaya ada duit, dia perlu membayar zakat, kalau ada lebihan duit dia boleh bagi infaq, boleh buat untuk sedekah.

 

  1. Dalam Islam banyak instrumen untuk pembahagian untuk orang miskin sangat banyak dan semua itu bukan hanya setakat mendapat balasan di dunia namun mendapat pahala di Akhirat. Kak Taz berterima kasih kepada rakyat Kelantan dan NGO-NGO Kelantan yang sangat aktif membantu.

 

  1. Dibawah kerajaan pusat kita mempunyai bantuan BPT, Bantuan Pesakit Terlantar. Maknanya orang yang sakit terlantar juga menerima bantuan, Kak Taz juga ada berbincang mengenai bantuan untuk penjaga pesakit.

 

  1. Sebab itu kebajikan bukan dibawah orang kaya sahaja, supaya kita ingat reward kita di Akirat nanti. Untuk bantuan kasi saying, kita ada bantuan BOT, Bantuan untuk orang tua miskin, dimana ibubapa yang miskin sedih kerana anak yang berada di perantauan tidak menanyakan khabar mereka.

 

  1. Jadi dalam hal ini, Kak Taz nak semua NGO, seluruh komuniti dan pegawai permudahkan urusan orang-orang susah ini. Nabi saw ada menyebut dalam suatu hadis “adakah kamu mengira bahawa kamu ditolong atau diberi rezeki melainkan orang dikeliling kamu ada orang yang memberikan keberkatan kepada kamu”. Maknanya, bila ada orang sakit kita tolong, ada orang tua kita tolong.

 

  1. Sekiranya semua faham agenda ini, semua berebut untuk menjaga ibubapa, berebut nak jaga OKU, berebut nak jaga anak yatim kerana berkat.

 

  1. Yang pertama kita ingat bahawa datangnya ujian, ia datang dari Allah Ta’ala. Bila datangnya ujian, bukan untuk kita bersera tetapi cara untuk menanganinya. Macam di Kelantan, kita menganggap musim ketujuh sebagai bala bersih. Sama juga seperti perkara yang berlaku pada musim Covid, PKP yang bermula pada bulan 3 sehingga bulan Puasa. Kita tengok pada ibrahnya, sebelum ini yang tiada anak yang jadi iman solat, bila berlakunya Covid semua rumah ada yang menjadi iman solat, membaca Al-Quran secara berjemaah di rumah. Sebelum Covid membeli, selepas Covid memasak segala menu yang ada di rumah. Adanya COD walaupun terhad namun dapat melahirkan usahawan baru.

 

  1. Sama seperti musim banjir, Kelantan ini merupakan negeri yang ramah bencana maknanya “disaster friendly”, bagi kami datangnya ujian ini adala rahmat. Bila berlakunya banjir di musim Covid ini, kita ada mintak pihak JKM untuk sediakan SOP khas untuk musim banjir di semua PPS.

 

  1. Kerajaan negeri telah mengenalpasti 23 PPS dan tempat kuarantin. Penjaga yang menjaga tempat tersebut akan memakai PPE dan tangan akan sentiasa sanitize. Persediaan awal yang ada gejala akan terus dihantar ke hospital.

 

  1. Dato’ MB ada persediaan dari bajet yang dibentang baru-baru ini Dato’ MB sediakan 40 juta untuk tahun hadapan dan tahun ini sekiranya ada masalah dengan banjir dan Covid. Serta skim-skim galakkan dan bantuan pada musim banjir dan Covid ini.

 

  1. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah sama ada buruk atau baik bergantung kepada kita untuk menghadapi, ada yang menanggap kemalangan itu bala ada yang boleh mengatasi. Dalam musim Covid kerajaan banyak menyediakan bantuan-bantuan kepada usahawan, bantuan khas untuk wanita kita bagi sebanyak RM2.5 juta untuk membantu usahawan kecil wanita dan skim usahawan kita bagi RM2.5 juta juga untuk usahawan-usahawan kecil yang terjejas.

 

  1. Dibawa kerajaan pusat juga banyak menawarkan bantuan dan skim. Dalam masa yang sama kita banyak membuat kelas-kelas online, untuk belajar menjadi usahawan, belajar meniaga.

 

  1. Di peringkat negeri ini kita ada membuat penyediaan untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan belajar secara online untuk memudakan mereka mempunyai akses. Dari segi tekanan yang berlaku, apabila pelajar tidak bersedia dan tiada ilmu pengetahuan yang tak dapat dikongsikan.

 

  1. Kita kena terima norma baru dan norma baru ini mungkin kena apply sehingga 2024. Jadi kita kena terima, kena buat dengan syarat patuh kepada SOP. Jadi sharing kena ada, jaga alam sekitar, guna produk tempatan. Jadi situasi ini lebih kepada konsep rumah mandiri maksudnya you can sustain, pelihara ikan, menanam. Jadi kita akan tengok daripada positive side.

 

  1. Balik kepada asas berpandukan Al-Quran. Jaga ahli keluarga dari api neraka, menjaga pemakanan iaitu makanan yang Halalan Toyyiban. Balik kepada ajaran Islam, balik kepada Allah Ta’ala. Perubatan kena ada, rawatan kena ada. Jaga semua dan sentiasa berzikir, Insyallah tekanan akan berkurangan.

                                                                                                                         

Bottom

URUS SETIA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN WANITA

Aras 2, Blok2,
kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan
tel: 09-747 6568

TOTAL VISITOR

7.png4.png0.png9.png6.png
2021-09-26
© 2020 Code Junkies. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

GTranslate