Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelajar setelah selesai pemprosesan.
PERJANJIAN
Pelajar yang menerima tawaran pinjaman ini dikehendaki menandatangani surat perjanjian, walau bagaimanapun mereka tidak terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan.
LAIN-LAIN KEMUDAHAN
ELAUN TESIS
Kemudahan ini disediakan untuk membantu pelajar menyediakan tesis. Penyediaan tesis ini juga menjadi syarat wajib oleh IPT sebelum pelajar menamatkan pengajian masing-masing. Jumlah yang disediakan bernilai RM200.
ELAUN PRAKTIKAL
Kemudahan ini disediakan untuk membantu pelajar menjalani latihan praktikal yang merupakan latihan wajib yang ditetapkan oleh IPT. Syarat utamanya ialah jarak perjalanan tidak kurang dari 25 kilometer dari kampus.
TUNTUTAN TAMBANG BALIK PENERBANGAN ( LUAR NEGARA )
Pelajar-pelajar yang menuntut di Luar Negara boleh membuat tuntutan tambang balik penerbangan. Kemudahan ini disediakan untuk membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kewangan.
*** Dikira sebagai pinjaman ***
BAYARAN BALIK PINJAMAN
Proses pembayaran balik pinjaman bermula 6 bulan selepas tamat pengajian. Tempoh bayaran balik hendaklah diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun (120 bulan).
KAEDAH PEMBAYARAN BALIK