...
...
 

BAHAGIAN

>> Laman Utama >> Bahagian Pembangunan & Pelaburan



PENGENALAN

Dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Seksyen (7) Enakmen YAKIN telah berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi menjamin pengaliran masuk wang tunai,agar ia dari masa ke semasa kurang bergantung kepada Kerajaan Negeri dari segi bantuan Kewangannya.

Bahagian ini bertanggungjawab terhadap pelaburan, pembangunan projek, perhutanan dan perladangan yang membabitkan Yayasan Kelantan dan anak-anak syarikatnya. Melaksanakan pemantauan, penyelarasan dan penilaian prestasi anak-anak syarikat Yayasan Kelantan selain melaksanakan tadbir urus korporat selaras dengan pembangunan sektor awam terutamanya dalam bidang pelaburan adalah tugas utama bahagian ini bagi menjana pendapatan yang mencukupi, stabil dan berterusan untuk dimanfaatkan kepada aktiviti bantuan pendidikan dan kebajikan Yayasan Kelantan.

 

OBJEKTIF

Mencari dan merancang peluang-peluang pelaburan dalam semua bentuk kegiatan ekonomi yang dijangka menguntungkan serta halal dari segi syarak untuk dilibatkan dan dengan persetujuan Lembaga melaksanakannya sama ada sendirian atau secara usahasama agar aliran pendapatan YAKIN sentiasa mantap dan dananya pula sentiasa berkembang supaya dengan ini objektif penubuhan YAKIN dapat dilaksanakan dengan rancak dan dibiayai dengan sempurna serta selesa. InsyaAllah.

 

     
 


 
 
LEMBAGA

 
 


PENGARAH
NIK ABDULLAH B NIK DAUD

 
 

PENOLONG PENGARAH I

FAISAL BIN JUSOH

 

PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

MOHD SOFIAN BIN JAAFAR


PEMBANTU TADBIR PELABURAN
WAN ROSLI BIN WAN MOHAMED


PEMBANTU TADBIR
PELABURAN
MARINA BINTI MOHAMAD


PEMBANTU TADBIR SAMBILAN
MOHD FADLY SHAH BIN ARIFF
     

BANGUNAN KOMPLEKS YAKIN

SEWA RUANG PEJABAT

Kompleks Yayasan Kelantan (YAKIN) terletak di Jalan Gajah Mati berhampiran dengan Bulatan Jam Besar yang menjadi mercu tanda Negeri Kelantan. Kedudukannya yang strategik kerana terletak di pusat Bandar Kota Bharu, ibu negeri yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan serta para pelancong dari dalam dan luar negara. Bangunan YAKIN berada bersebelahan dengan Muzium Negeri dan hanya beberapa minit perjalanan dari bangunan ini.

Bangunan ini mengandungi 6 1/2 tingkat di mana, tingkat 5 adalah pusat pentadbiran bagi YAKIN manakala tingkat-tingkat yang lain disewakan kepada agensi kerajaan dan swasta. Bagi kemudahan makan dan minum para penyewa di Kompleks ini, pihak pentadbiran turut menyediakan kantin di mezzanine

Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti lif, sistem kecemasan dan kawalan keselamatan dua puluh empat jam, sistem penyaman udara berpusat, tempat letak kenderaan serta surau dan tandas untuk keselesaan penyewa.

Pihak pentadbiran YAKIN mempelawa agensi-agensi kerajaan dan swasta berminat mendapatkan ruang pejabat untuk disewa berkunjung ke bangunan ini untuk melihat kesesuaiannya.

 


BANGUNAN YAKIN DI MACHANG

Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1985. Terletak di Jalan Tanjung dalam daerah Machang, iaitu di tengah-tengah Bandar Machang. Ia merupakan 5 lot bangunan rumah kedai 4 tingkat yang diberi sewa sepenuhnya. Mempunyai 20 ruang untuk disewa dan keluasan setiap lot adalah 1600 kaki persegi.

 

 

 

 


BANGUNAN YAKIN DI GUA MUSANG

Siap dibina pada tahun 1999, terletak di Jalan Bandar Baru dalam jajahan Gua Musang. Terdiri dari 4 lot bangunan kedai 4 tingkat yang diberi sewa sepenuhnya. Di sini terdapat kemudahan meletak kenderaan yang agak luas bagi memudahkan orang ramai dan penyewa berurusan, selain lokasinya yang strategik iaitu di Bandar Gua Musang.

PT 902 – 905
BANGUNAN YAKIN JALAN BANDAR BARU
18300 GUA MUSANG KELANTAN


 



BANGUNAN YAKIN DI JALAN KEBUN SULTAN

Bangunan ini siap di bina pada tahun 1993. Terletak di tengah-tengah bandar yang menjadi tumpuan orang ramai serta berhampiran pusat membeli-belah dan hotel. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bank berhampiran bangunan ini menambahkan lagi kemudahan dalam berurusan. Ia mempunyai 2 lot bangunan kedai 3 tingkat untuk disewa, di mana ruang atas yang selesa boleh dijadikan ruang pejabat. Keluasan setiap lot adalah 1600 kaki persegi dan terdapat tempat letak kenderaan.

LOT 1180 & 1181
SEKSYEN 27 JALAN KEBUN SULTAN
15300 KOTA BHARU KELANTAN

 

 

SAHAM

YAKIN merupakan satu-satunya badan Kerajaan di Negeri Kelantan yang diberi peluang untuk melabur melalui Kementerian Perdagangan & Perindustrian serta Kementerian Kewangan yang mana kebanyakannya didaftarkan di Pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur . YAKIN telah merebut peluang ini dan telah berjaya melabur di dalam saham-saham syarikat tertentu.

RUMAH KELANTAN LAMA.

Terletak di Hayyu Al-Sabi', Madinah Nasr, Kaherah. Rumah Kelantan Lama adalah terletak di tingkat 1 & 2 dari bangunan 7 tingkat. Tingkat-tingkat lain dimiliki oleh orang perseorangan/ syarikat . Tingkat 1 bangunan ini gunakan sebagai Asrama Lelaki manakala tingkat 2 pula sebagai Asrama Perempuan.

 

 

 

 

 


RUMAH KELANTAN BARU

Beralamat 22, Al-Baramikah St , Hayyu As-Sabi', Madinah Nasr ( Nasr City ), Kaherah. Ianya merupakan bangunan 5 tingkat dengan kegunaan sebagaimana berikut :-

Tingkat Bawah

-

Perpustakaan, Koperasi, Kediaman Siswa

Tingkat Satu

-

Dewan Tok Kenali

Tingkat Dua

-

Pejabat Siswi / Kediaman Siswi

Tingkat Tiga

-

Kediaman Siswi

Tingkat Empat

-

Pejabat Utama (Pentadbiran) & Bilik Penerbitan

 


DEWAN TOK KENALI

PEJABAT UTAMA

PERPUSTAKAAN

BANGUNAN YAKIN DI JALAN TOK HAKIM

Bangunan ini diperolehi pada tahun 1987. Terletak di Seksyen 11, Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Terdiri dari 1 lot bangunan kedai 2 tingkat yang mempunyai keluasan 1600 kaki persegi. Lokasi bangunan yang terletak di tepi jalan raya utama memudahkan lagi penyewa dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

 

 

 

 

 

 


BANGUNAN YAKIN DI TAMAN PUSPA UDA

Bangunan ini diperolehi pada tahun 1980. Merupakan 1 lot bangunan kedai 2 tingkat. Lokasinya terletak di tepi jalan raya utama ke Pengkalan Chepa dan berada dalam lingkungan kawasan perumahan. Menjadi salah satu kawasan yang strategik dalam menjalankan perniagaan. Mempunyai keluasan 1600 kaki persegi.

TAMAN UDA MURNI
JALAN PENGKLALAN CHEPA
15000 KOTA BHARU KELANTAN

Kemaskini pada: 15-Jan-2008

 
 
TINGKAT 5, KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI 15000 KOTA BHARU KELANTAN
"Yayasan Kelantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini "
© Hak Cipta Terpelihara YAKIN
© 2007 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). All rights reserved.