| |
|
PENGENALAN
Bahagian Pelajaran Dan Bantuan merupakan bahagian yang memberi perkhidmatan pendidikan dari segi pinjaman pelajaran dan bantuan khususnya kepada pelajar kelahiran negeri Kelantan. Bahagian ini merupakan teras aktiviti Yayasan Kelantan Darulnaim dalam memastikan tiada anak Kelantan yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan oleh kedaifan ekonomi. Bahagian ini juga menentukan arah haluan, menggubal dasar dan menetapkan polisi-polisi pelajaran, menilai dan membuat keputusan-keputusan penting mengenai dasar penajaan, kadar pemberian, tempoh tajaan, universiti/ institusi dibiayai serta syarat-syarat kelayakan penuntut-penuntut yang dibiayai.
Bahagian ini merangkumi pinjaman pelajaran untuk anak-anak Kelantan yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama, biasiswa peringkat pengajian tinggi dan rendah, serta program bantuan pakaian seragam sekolah dan skim pembiayaan anak yatim/keluarga miskin. Bahagian ini juga berharap dengan adanya bantuan yang disalurkan, anak-anak Kelantan dapat memenuhi keperluan modal insan dimasa hadapan.
FUNGSI
-
Menetap dan mengatur jadual bayaran Biasiswa dan Pinjaman pelajar-pelajar dalam tanggungan
-
Mempelawa dan memproses permohonan, mengatur temuduga dan menbuat tawaran bagi setiap jenis bantuan
-
Menganalisa keputusan peperiksaan penuntut di bawah tajaan YAKIN
-
Menyelaras pemberian biasiswa/pinjaman dengan JPA Kementerian Pendidikan/MARA dan lain-lain penganjur.
-
Menguatkuasakan perjanjian biasiswa dan pinjaman
-
Proses permohonan bantuan pelajaran daripada pelajar- pelajar Kelantan di luar negeri apabila diperlukan
-
Membuat susulan dan kajian penilaian ke atas projek-projek
-
Bertanggungjawab terhadap perjalanan perpustakaan dan rujukan pelajar.
-
Mengemaskini senarai sekolah serta data pelajar yang mendapat bantuan pelajaran.
-
Mengemaskini rekod pelajar dan kadar bantuan serta dasar-dasar untuk tujuan taklimat
-
Mengendalikan urusan surat-surat perjanjian pinjaman serta bayaran balik pinjaman pelajaran.
-
Mengurus lawatan dan tinjauan ke luar negeri dan lawatan tetamu ke YAKIN
-
Menerbit suara YAKIN 6 bulan sekali
-
Menyedia laporan tahunan bahagian
PROGRAM BERSAMA PELAJAR
LAWATAN PEMANTAUAN KE INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN) SULTAN THAHA SAIFUDDIN, JAMBI , INDONESIA
-
Program lawatan ini telah berlangsung pada 20 hingga 23 April 2007 .
-
Disertai oleh pihak Lembaga Pengarah Akademi Yakin Sdn. Bhd. (AYSB), Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
-
Objektif Lawatan :
- Memantau kebajikan pelajar di IAIN, Jambi , Indonesia , dari segi suasana pembelajaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
- Mengadakan sesi perjumpaan dengan pelajar-pelajar tajaan YAKIN bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka.
- Untuk mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih meluas di antara YAKIN dan KIAS dengan pihak pengurusan IAIN, Jambi , Indonesia .
LAWATAN KERJA KE MATA ( MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY )
| |
|
|
| |
|
|
| |
LEMBAGA
 |
|
|
PENGARAH
NIK ABDULLAH B NIK DAUD
 |
|
|

PENOLONG PENGARAH II
AHMAD FADZLI B HJ ABDULLAH
|
|
|

PEMBANTU TADBIR PELAJARAN
WAN MOHD SABRI B WAN YUSOF
 |
|


PEMBANTU TADBIR PELAJARAN
ROSSEINNI BT
MOHD YUSOFF |


PEMBANTU TADBIR
PELAJARAN
MOHD AZMAN B MOHD YUSOFF |


PEMBANTU TADBIR PELAJARAN (Sambilan)
WAN NAZIESHAM B WAN SAMAT |


PEMBANTU TADBIR PELAJARAN (Sambilan)
SITI ZUBAIDAH BT
CHE JUSOF |
|
| |
|
|
|
Kemaskini pada: 18-Dec-2007
|
|
|
|