
PENGENALAN
Bahagian Kewangan Dan Audit merupakan bahagian yang menguruskan hal ehwal kewangan YAKIN mengikut Seksyen 4(2) Enakmen, Kumpulan wang YAKIN hendaklah mengandungi :
-
Mana-mana wang yang dicarumkan kepada Kumpulanwang oleh kerajaan dari masa ke semasa.
Lain-lain wang yang diderma, dicarum, dipinjam, diberi secara anuiti mengikut wasiat atau dengan apa cara lain dibayar ke dalam Kumpulanwang oleh mana-mana Kerajaan Badan Berkanun, Pihak Berkuasa, Badan, Perbadanan, atau orang perseorangan.
-
Semua wang yang diterima oleh Yayasan dengan jalan keuntungan, dividen, bayaran komisyen atau dengan faedah, di atas bahagian wang-wang Kumpulanwang sebagaimana dilaburkan atau disimpan sebagai deposit dari masa ke semasa
-
Semua wang yang diterima oleh Yayasan dengan jalan keuntungan atau dengan jalan lain terakru daripada mana-mana usaha perniagaan atau perusahaan yang dijalankan oleh Yayasan
-
Semua hasil dari harta kepunyaan Yayasan.
.
OBJEKTIF
-
Mewujudkan struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan
-
Memastikan pengurusan kewangan YAKIN berfungsi dengan cekap dalam penerimaan hasil, pembayaran bil-bil pejabat dan penyenggaraan rekod kewangan.
-
Mewujudkan sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil perbelanjaan amanah, kontrak, aset serta inventori
-
Menyediakan Anggaran Belanjawan pejabat bagi menunjukkan angka yang tepat bagi hasil dan perbelanjaan untuk sesuatu tahun.
-
Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta rekod-rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini
-
Memberi satu gambaran yang betul dan munasabah mengenai urusan YAKIN melalui Penyata Kunci Kira- Kira, Penyata Pendapatan & Perbelanjaan dan Penyata - Penyata lain yang bersangkutan.
.
FUNGSI
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun / kakitangan termasuk mengeluarkan waran perjalanan Pengarah dan Pegawai, tuntutan perjalanan dan sebagainya.
-
Menguruskan hal ehwal penerimaan hasil , pembayaran bil-bil pejabat.
-
Menyelenggara Rekod Kewangan Jabatan, Pungutan Hasil Perbelanjaan Amanah, Kontrak, Aset Serta Inventori.
-
Menyediakan Anggaran Belanjawan Pejabat.
-
Menyelenggara Rekod Panjar Wang Runcit Jabatan dari semasa ke semasa.
-
Menguruskan Wang Kutipan Harian .
-
Memastikan Wang Kutipan Harian Di Bank kan setiap hari.
-
Menganalisa akaun jabatan serta akaun anak syarikat dan syarikat bersekutu untuk tujuan Audit Jabatan.
-
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Kewangan YAKIN termasuk Penyata Kira-Kira YAKIN serta Penyata TABUNG untuk tujuan Auditan Jabatan.
-
Menjawab teguran pihak Audit Jabatan.
.
.
|