...
...
 

KEMUDAHAN

>> Laman Utama >> Biasiswa

 

SKIM BIASISWA PENGAJIAN YAKIN

Skim ini bertujuan untuk membantu para pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan yang kurang berkemampuan untuk membiayai persekolahan mereka. Skim ini diwujudkan dengan objektif untuk membantu pelajar meneruskan persekolahan di samping menggalakkan mereka meningkatkan prestasi akademik mereka. Jenis-jenis biasiswa yang dikeluarkan adalah seperti berikut :

a. Biasiswa Sek.Men Umum (Borang Putih)

- RM 30.00 sebulan @ RM360.00 setahun

 

b. Biasiswa Sek.Men Ugama (Borang Pink)

- RM 30.00 sebulan @ RM360.00 setahun

 

c. Biasiswa Ting. 6 Sek.Men Ugama (Borang Kuning)

- RM 55.00 sebulan @ RM660.00 setahun


KRITERIA –KRITERIA PEMILIHAN

Setiap pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan seperti berikut :

(a) Calon mestilah dilahirkan di Negeri Kelantan (Bukti Surat Beranak).

(b) Bapa mestilah peranakan Kelantan.

(c) Calon murid yang termaktub dalam Enakmen Kerakyatan Kelantan Tahun 1952.

(d) Calon Tingkatan 1,2 dan 3 hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 2A dalam UPSR.

(e) Calon Tingkatan 4 dan 5 hendaklah mencapai sekurang-kurang 2A dalam PMR .

(f) Pendapatan Ibubapa/Penjaga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.

(g) Faktor-faktor kemiskinan keluarga murid boleh diambilkira dalam pemilihan ini.

(h) Pemilihan ini hendaklah bebas dari pra-sangka fahaman aliran pemikiran (politik) keluarga pelajar-pelajar.

(i) Calon-calon mestilah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Setiap DUN/Parlimen diperuntukkan sebanyak 7 keping borang sebagaimana berikut:

i) 3 keping Borang Biasiswa SM (Umum) - Borang Putih

ii) 3 keping Borang Biasiswa SM (Ugama) - Borang Pink

iii) 1 keping Borang Ting.6 Sek.Men Ugama - Borang Kuning

 

Kemaskini pada: 18-Dec-2007

 
 
TINGKAT 5, KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI 15000 KOTA BHARU KELANTAN
"Yayasan Kelantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini "
© Hak Cipta Terpelihara YAKIN
© 2007 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). All rights reserved.