TUJUAN
Skim ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sama ada anak yatim atau berasal dari keluarga miskin yang kurang mampu dan tidak menikmati mana-mana bantuan pembiayaan lain untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. YAKIN memperuntukkan RM2,000.00 bagi setiap DUN/ Parlimen.
KRITERIA-KRITERIA PEMILIHAN
a) Calon mestilah dilahirkan di Negeri Kelantan (Bukti Surat Beranak).
b) Ibubapa (salah seorang) atau penjaga mestilah peranakan Kelantan.
c) Calon murid yang termaktub dalam Enakmen Kerakyatan Kelantan Tahun 1952.
d) Pendapatan Ibubapa/Penjaga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
e) Faktor-faktor kemiskinan keluarga murid boleh diambilkira dalam pemilihan ini.
f) Pemilihan ini hendaklah bebas dari pra-sangka fahaman aliran pemikiran (politik) keluarga pelajar-pelajar.
g) Calon-calon mestilah di kalangan pelajar-pelajar IPTA yang mendapat tempat di IPTA atau mana-mana Pusat Pengajian Tinggi.
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang :
i) Surat Beranak
ii) Surat Mati
ii) Pengesahan Gaji Penjaga
iii) Surat Tawaran masuk ke IPTA atau mana-mana Pusat Pengajian Tinggi.
.
PROGRAM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM DAN PERALATAN SEKOLAH
TUJUAN
Program ini memberi bantuan pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang kurang mampu di Kelantan. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan ibubapa apabila anak-anak mereka memasuki sekolah. YAKIN memperuntukkan RM5,000.00 bagi setiap DUN/Parlimen.
Bantuan yang akan diberikan adalah berupa barangan-barangan berikut:
Bilangan penerima bantuan ini dibenarkan melebihi 50 orang dan barangan yang diberikan tidak semestinya merangkumi semua yang disenaraikan asalkan jumlah kos pemberian tidak melebihi daripada anggaran RM5,000.00 untuk satu kawasan DUN/Parlimen.
KRITERIA-KRITERIA PEMILIHAN
a) Calon mestilah dilahirkan di Negeri Kelantan. ( Bukti Surat Beranak ).
b) Ibubapa (salah seorang) atau penjaga mestilah peranakan Kelantan.
c) Calon murid yang termaktub dalam Enakmen Kerakyatan Kelantan Tahun 1952.
d) Pendapatan Ibubapa/Penjaga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
e) Faktor-faktor kemiskinan keluarga murid boleh diambilkira dalam pemilihan ini.
f) Pemilihan ini hendaklah bebas dari pra-sangka fahaman aliran pemikiran (politik) keluarga pelajar-pelajar.
g) Calon-calon mestilah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah :
i) Borang dan senarai lengkap akuan terima peralatan oleh pelajar dan disahkan oleh DUN/Parlimen.
ii) Bil yang disahkan oleh DUN/Parlimen.
iii) Bukti majlis penyampaian pakaian seragam & kelengkapan sekolah (Gambar ) .