Bahagian-Bahagian SUK
Display # 
1 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Menyedia dan memberi perkhidmatan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam negeri yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berlandaskan Islam sebagai Addin...
2 Bahagian Kerajaan Tempatan
Merancang, menyelaras dan memantau aspek pengurusan dan pentadbiran PBT serta program-program pembangunan PBT yang berasaskan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan sosial dan rekreasi.
3 Bahagian Perumahan
Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Setiausaha Kerajaan Kelantan dan seterusnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar.
4 Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain di negeri masing-masing. BPTM juga bertindak sebagai “one-stop center” dalam segala urusan ICT (Informasi, Komunikasi dan Teknologi)...
5 Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berperanan membuat auditan ke atas Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri. Peranan utama Unit Audit Dalam bukan untuk mencari kelemahan tetapi membantu Jabatan/Agensi dalam mengenal pasti kelemahan yang ada dan membuat saranan dan pengesyoran mengenainya...
6 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Persekutuan.
7 Urus Setia Integriti Dan Kualiti Negeri Kelantan
Urus Setia Integriti Dan Kualiti Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2006 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Penubuhan unit Urus Setia Integriti Dan Kualiti Negeri Kelantan adalah selaras dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM). Unit ini berfungsi sebagai Institut Integriti bagi negeri Kelantan yang diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK). ..
8 Unit Undang-undang
Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama
9 Bahagian Pengurusan Korporat
Bahagian Pengurusan Korporat telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2008 yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Khidmat Pelanggan dan mengandungi tiga (3) unit iaitu Unit Pentadbiran,Unit Multimedia; dan Unit Khidmat Pelanggan
10 Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu jabatan/unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan iaitu di bawah pengurusan Bahagian Pembangunan. Bahagian ini terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu Seksyen Pentadbiran Am,Seksyen Kewangan,Seksyen Protokol dan Seksyen Pengurusan Aset dan Bangunan
11 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
MMK adalah bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kemudahan ADUN. Bahagian MMK dan Dewan Udangan Negeri juga adalah urusetia PAC, LHPP Kelantan dan Jemaah Pengampunan Negeri Kelantan.Urusetia kepada Istiadat Perbarisan Pagi dan Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri semperna Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan.