SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Hakcipta ©
2007 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

 

SEJARAH PENUBUHAN SPN

              Penubuhan SPN telah di cadangkan pada 21/05/1959 kepada Dewan Undangan Negeri, seterusnya pada 21/05/1959 cadangan tersebut telah di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan pada 25/06/1959 ia mula di kuat kuasakan, SPN merupakan sebuah badan bebas yang terletak dibawah Pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaubagaimanapun ia berasingan dan tidak terikat dengan Kerajaan Negeri. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan di tubuhkan di bawah peruntukan dalam Artikel LXI Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pembangunan Sumber Manusia Negeri Kelantan. Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawap terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan termasuk Kumpulan A, B, C dan D yang berjumlah 4997 orang, ianya merangkumi semua jawatan daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan. Peranan yang dimainkan oleh SPN sekarang seakan sama fungsinya dengan bahagian pentadbiran di SUK, tetapi bahagian pentadbiran SUK tidak mempunyai kuasa dalam pemilihan kakitangan dan tidak boleh campurtangan dalam pentadbiran SPN. Bahagian Pentadbiran SUK hanya bertindak melaporkan kekosongan kepada bahagian permohonan di SPN dan menerima calon yang berjaya datang melapur diri sebelum ditempatkan ke jabatan yang mempunyai kekosongan.

 

   Dalam melaksankana tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa mempastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah AM Kerajaan, Surat-Surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari masa ke semasa (Penyata Tahunan 1997 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)

 

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN