CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN KN.1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU
KELANTAN
Sebelum atau pada : ***
UMUR
1. Calon-calon lantikan terus tidak kurang dari 18 tahun.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
AM
1. Pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat hendaklah mengemukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perenggan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan dihantar bersama dengan Kenyataan Perkhidmtan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi 2005. Borang permohonan yang dikemukakan tanpa Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan ditolak.
2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Paspot, Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau dokumen/testimonial yang berkaitan.
3. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan.
4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.