|
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur kehadrat Allah s.w.t. di atas kebesaran, limpah rahmat, petunjuk dan hidayah Nya maka terbinalah Laman Web bagi Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat yang telah disusun dengan sempurnanya.
Walaupun penerbitan ini dalam keadaan yang serba kekurangan dan kesederhanaan tetapi adalah diharapkan semoga gambaran yang menyeluruh mengenai Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dan aktiviti di setiap bahagian di dalam usaha bersepadu ke arah pembangunan ekonomi, keagamaan dan kemasyarakatan serta pembangunan tanah akan memberi sedikit sebanyak panduan serta rujukan yang berguna kepada semua pihak yang cenderung mengkaji dan membantu dalam era pemesatan pembangunan Jajahan Tumpat disamping arus perkembangan teknologi ICT masa kini.
Di atas sebarang kelemahan, kekurangan dan kesederhanaan Laman Web ini saya memohon maaf dan Insya Allah di masa-masa akan datang kami akan terus mempertingkatkannya.
‘MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
Yang menurut perintah,

(TENGKU ABDUL RAHMAN BIN TUAN YUNUS)
Ketua Jajahan,
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. |