[Laman Utama] [Website Jabatan]
 
frame









.: Alamat :.

Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, Jln Pasir Pekan, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Tel : 09-7908803/963
Fax : 09-7904963


Latar Belakang

   Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang terdapat di dalam Malaysia. Kelantan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia. Lokasi Kelantan adalah bersempadan dengan empat wilayah iaitu Thailand (Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (barat) di timur atau tenggara. Negeri Kelantan mempunyai keluasan sebanyak 1,492,200 hektar.

   Jajahan Pasir Mas merupakan salah sebuah daerah daripada 10 jajahan yang terdapat dalam Negeri Kelantan. Ianya terdapat bersempadanan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah Utaranya. Ia juga bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah Barat dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 Peratus keluasan Negeri Kelantan adalah keluasan Jajahan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

   Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.



| Topografi | Keluasan | Penduduk |

Banner Bawah

PENAFIAN : Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas